Tuesday 22 November 2011

Antara Dia dan Aku


Adakalanya sukar buat kita berdua membuat keputusan, kau dan aku tersepit antara dua. Mahu dibuat begini, bagaimana pula dia. Mahunya dibuat begitu, bagaimana pula aku.
Saat memikirkan keputusannya, ku tahu kau keliru. Akhirnya kau mula membisu tanpa sebarang jawapan yang pasti untuk memilih.
Dilanda dilemma..ku tahu rasanya. Sememangnya sukar untuk membuat pilihan, namun jawapan yang pasti harus kau putuskan demi menjaga hati yang kau pertanggungjawabkan.
Berikanlah jawapan yang pasti, agar hati ini tidak terluka lagi.

Saturday 19 November 2011

Warna-warninya Cinta Kita

Wahai dunia, inginku katakan pada semua
Indahnya warna-warna itu
Bertaburan di hatiku
Cerianya bintang senyum kepadaku
Diriku umpama berda di awangan

Hadirmu seperti mentari
Menyinari seluruh alam
Tak ku mampu bayangan
Hidup tanpa mentari cintamu

Terima kasih cinta
Kerna hadir dalam hati kerdilku
Setelah sekian lama jiwa ini kesepian menemani bulan malam
Akhirnya mentari itu muncul lagi
Moga serinya berkekalan.

Sunday 13 November 2011

Hanya Sampai Di Sini


Tiadalah ku menyangka
Kau memungkiri janji yang pernah kau lafazkan
Akhirnya kau tinggalkan aku sendirian
Mengharungi denai-denai malam
Mengapa kau pergi
Meninggalkan aku, meninggalkan dunia
Segeranya kau mengadap Illahi..

Pedih, hampa, pilu..
Kecewa juga menemani ku
Saat kau pergi, sempat jua kau menoleh
Memberikan salam terakhir
Melafazkan cinta tuk selamanya
Saat itu juga ku terpaksa merelakan pemergianmu

Ku berjanji
Demi cinta kita yang masih lagi bernafas
Dalam tapak hati ini
Kan ku tabah mengharungi rintangan hidup
Bersama bernih cinta kita
Kan ku jaga melebihi nyawa ku sendiri
Kerna itu saja membuktikan cinta ku juga hanya padamu.

Ku Masih Setia

Pergilah kau mencari yang lain
Ku mungkin tak sesuai untukmu
Kerna ku sudah ada yang punya
Carilah dia yang lebih baik dariku
Kerna ku percaya pasti ada yang sedang menantimu

Ku masih setia pada dia
Ku juga yakin dia dia setia padaku
Janganlah kau hadir dalam cinta kami
Kerna pasti mengundang musibah
Adalah baik kau berlalu pergi sebelum dia mengetahui

Bukalah mata hatimu
Lihat disekelilingmu
Dia yang telah lama menunggu cintamu
Pergilah kepadanya
Jangan pernah dilukakan cinta itu
Kerna ku pasti dia juga bisa jadi yang terbaik untukmu

Sudah begini takdirnya
Kau dan aku takkan bersatu
Biarpun pernah hadir rasa sayang antara kita
Itu seketika cuma
Mengubati hati sepi sementara
Cerita kita hanya sampai di sini
Tatkala dia tiada disisi..

Friday 11 November 2011

Jangan Pernah Tinggalkan Aku




Sendirian lagi, menyusuri denai kegelapan. Ku menunggu pesanan ringkas darimu, namun setelah sekian lama ku menanti, masih tiada jawapan. Kenapa kau membuat ku tertunggu-tunggu..
Jika sayang itu masih ada, katakanlah sayang. Tapi jika sayang itu telah hilang, biarlah ku mengetahui sebabnya. Usah membuatku tertunggu-tunggu, kerana penantian itu suatu penyeksaan bagiku.
Ingin ku bertanya, apakah salahku hingga kau merubah sekelip mata.
Dahulu kau pernah berjanji takkan biarkan airmata pilu ini mengalir,tapi kini kau memungkirinya. Tergaman ku seketika pabila menerima undangan yang tak diduga. Akhirnya persoalan yang bermain di minda telah terjawab. Melalui kad undangan yang ringkas, terpahat namamu dan nama si dia yang kau pilih sebagai teman sehidup sematimu. Remuk hati ku seperti remuknya kad di genggamanku. Kau bina mahligai dari airmataku, kau bahagia dengan melukakan ku. Kini ku mengerti maksud bahasamu dulu..ku mengerti perubahan sikapmu.
Kini ku terima tentuan takdir. Segera ku berlalu pergi meninggalkan semua derita, mencari sinar baru yang mungkin masih ada untukku. Kerna ku percaya, pasti suatu masa bahagia itu akan ku nikmati.