Tuesday, 6 March 2012

Sia-siakah cinta itu

 Bercinta tapi tidak bersama akhirnya, bagaikan tiada makna..Umpama menanam padi akhirnya lalang juga yang tumbuh. Menyemai cinta yang sudah taupenghujungnya, mungkin perkara yang sia-sia. Tapi bagi sesetengah mereka pula, bercinta tapi tak bersama, meungkin lebih baik daripada tidak bersama langsung. Mungkin kenangan bila bersama mampu menjadi penawar duka tika si dia tiada disisi. Sukar menerima kenyataan tapi harus ditempuhi lautan berapi itu untuk menuju ke puncak syahdu. Pernah juga dinding itu bersuara, sia-sia cintamu ditebarkan begitu sahaja. Tapi tidak pernah serik si pencinta mendengarnya.
  Biarlah..biarlah...hanya hati ini sahaja yang mampu merasa rasa cinta ku padanya. Tidak bersama, mungkin itu takdir yang telah menentukan kesudahan cinta kita. Kenapa disalahkan takdir yang mempertemukan kita, walau hanya seketika?