Adakalanya sukar buat kita berdua membuat keputusan, kau dan aku tersepit antara dua. Mahu dibuat begini, bagaimana pula dia. Mahunya dibuat begitu, bagaimana pula aku.
Saat memikirkan keputusannya, ku tahu kau keliru. Akhirnya kau mula membisu tanpa sebarang jawapan yang pasti untuk memilih.
Dilanda dilemma..ku tahu rasanya. Sememangnya sukar untuk membuat pilihan, namun jawapan yang pasti harus kau putuskan demi menjaga hati yang kau pertanggungjawabkan.
Berikanlah jawapan yang pasti, agar hati ini tidak terluka lagi.