Friday, 11 November 2011

Jangan Pernah Tinggalkan Aku




Sendirian lagi, menyusuri denai kegelapan. Ku menunggu pesanan ringkas darimu, namun setelah sekian lama ku menanti, masih tiada jawapan. Kenapa kau membuat ku tertunggu-tunggu..
Jika sayang itu masih ada, katakanlah sayang. Tapi jika sayang itu telah hilang, biarlah ku mengetahui sebabnya. Usah membuatku tertunggu-tunggu, kerana penantian itu suatu penyeksaan bagiku.
Ingin ku bertanya, apakah salahku hingga kau merubah sekelip mata.
Dahulu kau pernah berjanji takkan biarkan airmata pilu ini mengalir,tapi kini kau memungkirinya. Tergaman ku seketika pabila menerima undangan yang tak diduga. Akhirnya persoalan yang bermain di minda telah terjawab. Melalui kad undangan yang ringkas, terpahat namamu dan nama si dia yang kau pilih sebagai teman sehidup sematimu. Remuk hati ku seperti remuknya kad di genggamanku. Kau bina mahligai dari airmataku, kau bahagia dengan melukakan ku. Kini ku mengerti maksud bahasamu dulu..ku mengerti perubahan sikapmu.
Kini ku terima tentuan takdir. Segera ku berlalu pergi meninggalkan semua derita, mencari sinar baru yang mungkin masih ada untukku. Kerna ku percaya, pasti suatu masa bahagia itu akan ku nikmati.

No comments:

Post a Comment