Wednesday, 25 April 2012

Soalnya hati..


Soalnya hati, sukar dimengerti, walaupun banyak kali ku cuba memahami. Adakalanya hanya perkara kecil sudah bisa membuatkan hati terasa. Kalaupun ada sesetengah halnya ku telah tahu kebenarannya, tapi masih juga hati terasa setiap kali.
Soalnya hati, sukar dimengerti, apatah lagi hati yang lain untuk cuba memahaminya. Kerana.. hatiku hati seorang wanita, cairnya seperti aiskrim yang sedap dipandang tetapi cepat cair. Bila hati keras, kerasnya melebihi keras seketul belian. Namun, adakalanya hatiku ibarat kerak nasi, keras pada mulanya, akhirnya menjadi lembut juga dek kerana dibasahkan dengan air.
Rayuan, pujukan dirinya sering kali membuatkan ku akhirnya mengalah walaupun itu bukan salahku. Bukan ku lemah mahu mengalah, Cuma mahukan yang terbaik untuk dirinya. Kepuasan pada nya melebihi kepuasan ku. Kebahagiannya punca kebahagianku. Bagaimana mungkin ku mengeraskan hati untuk selamanya, merajuk dengannya. Biarlah hati ini membawa diri, tanpa haluan. Titisan air mata yang hanya menghujani lantai hatiku yang kekeringan.. hanya doa mampu membuat hatiku lebih tenang saat hubungan keberantakan seketika.

No comments:

Post a Comment