Showing posts with label Jiwa hati. Show all posts
Showing posts with label Jiwa hati. Show all posts

Saturday, 16 June 2012

Aku Yang Cemburu

Sukar diduga apa yang bermain diminda kita untuk mengatasi perasaan cemburu. Lelaki mahupun perempuan punya perasaan cemburu, yang membezakannya hanyalah ketebalan cemburu kita itu. Di mana saja, pasti cemburu itu ada dalam hati setiap pasangan yang bercinta, malah bagi yang tak bercinta pun apa kurangnya. Meluap2 rasa dalam hati melihat orang lain bersama, melihat pada diri yang serba kekurangan belum memiliki apa namanya cinta. Apalah yang hendak disalahkan, mungkin belum masanya bertemu jodoh. Jika dijelajahi, ada pelbagai jenis cemburu yang boleh dikesan atau dikenalpasti dalam bercinta. Juga ada banyak pro dan kontranya..Antaranya:
Pro:
1. Bila si dia cemburu, dah tentu si dia sangat sayangkan hubungan yang terbina tu..
2. Cemburu sebab tak mahu anda beralih arah terhadap orang lain.
3. Bila ada cemburu juga, maknanya si dia sentiasa peka dengan persekitaran anda, jika ada orang lain yang cuba menggoda anda.

Kontra:
1. Cemburu yang terlalu menebal adakalanya menyebabkan kita terasa terkongkong. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh.
2. Hubungan boleh porak peranda (terdapat pelbagai sebab)
3. Hubungan banyak yang berakhir atas sebab cemburu yang membuta tuli tanpa usul periksa..

Oleh itu, berhati2lah dengan perasaan cemburu anda

Saturday, 7 January 2012

Di Sebalik Kejayaan Itu

Kata orang, setiap kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita di belakangnya. Ya, memang tak dinafikan lagi..setiap kejayaan yang dikecapi lelaki itu terdirinya seorang wanita yang lemah namun boleh memberikan kekuatan kepada seorang lelaki untuk berjaya. Dialah wanita, tidak kira apa pun gelarannya..

Bagiku, kau lah wanita terhebat, tanganmu boleh menggoncang dunia jika kau mahu. Aku tunduk dengan kehebatanmu. Ku menghormati keperibadian mu..ketabahanmu berada disebalik lelaki yang berjaya itu. Walaupun adakalanya tiada siapa pun menyedari kehadiranmu disebalik kejayaan lelaki itu.
Kepentingannya hanya nampak sebelum kejayaan itu muncul. Kewujudannya tak nampak dek mata yang sering dikaburi dengan kemegahan duniawi. Namun, wanita itu hanya mampu mendiamkan diri tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tidak sama sekali..Namun sampai bilakah dia harus mendiamkan diri tanpa penghargaan ke atas setiap pengorbanan yang dilakukannya..??

Monday, 31 October 2011

Warna-warni Kehidupan



Setiap insan di dunia punya ceritanya tersendiri melewati rona kehidupan yang berbeza. Begitu juga aku..
Melayari kehidupan, adakalanya aku tewas menghadapi dugaan. Mujurlah iman masih lagi menjadi benteng pertahananku. Ku akui, masih jauh lagi perjalanan untuk ku harunginya. Mendapatkan cinta, memiliki cinta, dan menikmati cinta yang sejati dari-Nya. Adakalanya ku rasa diri ini kerdil berada di dunia pinjamannya tatkala diberi dugaan dan ujian dalam kehidupan seharian.
Bila berkisah tentang cinta, ku terpana seketika. Besar ertinya sebuah cinta itu. Jika ditanya pada setiap orang, pasti ianya memberi maksud yang berbeda. 
Namun rasanya tetap satu. Semua orang pasti kan merasa indahnya cinta walaupun adakalanya cinta itu hanya datang sekejap sahaja, walaupun cinta itu berlalu pergi meninggalkan kita bersendirian. Sesetengah orang akan meratapi pemergian cinta yang tak diduga. Tetapi hidup harus diteruskan. Menangislah sepuas-puasnya seketika, biarkan luahan hati yang terluka itu membuak keluar dari pintu hati. Semoga cinta lain yang hadir nanti akan mengisi kekosongan hati itu.
Tidak kurang juga yang kurang bernasib baik, punya cinta tapi terpaksa berkongsi dengan yang lain. Ya, itu kenyataan yang menyakitkan. Tapi itulah hati..cinta berputik buat kedua kalinya. Janganlah disalahkan cinta yang hadir sekali lagi itu. Namun jangan pula disakiti cinta itu sehingga kau membuatnya menangis. Jagalah hatinya, bimbinglah dia agar meninggalkanmu kerna kau sudah ada yang punya dan katakanlah padanya cintamu takkan mungkin terbahagi dua lagi.
Ada juga cinta yang hadir pada usia muda, masih mentah menilai apa itu cinta hingga hanyut dibawa arus cinta yang deras. Ada yang terselamat, tak kurang juga yang terus hanyut hingga terdampar di tepi tebingan. Namun pada waktu itu tiada apa yang dapat disesali, kerna sekali kau terhanyut dibuai cinta, seumurnya kau menanggung malu.
Wahai makhluk Allah, sememangnya cinta itu indah jika tahu menilainya. Beracun juga cinta itu jika kau salahkan maksudnya. Berhati-hatilah kamu berhadapan dengan cinta.Kerna cinta bisa juga membunuh jiwamu..

Sunday, 30 October 2011

Kau Kekasihku..


Saat ini ku mencari cinta, bukan kerna hanya nafsu. Ku mencari cinta, mencari tulang rusuk ku yang hilang. Payah, namun ku harus mengerti. Mencari cinta yang sejati bukanlah mudah. Bukanlah boleh dijadikan permainan mahupun eksperimen seperti di makmal.
Mencari si dia, idaman setiap jejaka.
Moga saat ini dia menjaga maruahnya, menjaga auratnya untukku. Moga juga dia seperti aku, tercari-cari cinta untuk bertahta di lubuk hatinya. Moga suatu hari nanti, kita akan dipertemukan kerana kehendakNya. Maka terjalinlah sebuah hubungan yang halal bagi kita, terhindar dari segala kemaksiatan yang membawa kita ke lembah kehinaan.

Sunday, 23 October 2011

Bukan Ku Tak Cinta



Sebagai pembuka bicara, maafkan aku kerna menolak cintamu. Bukan ku tak sudi, tapi hati ini masih milik yang lain. Tak mudah ku lupa pada dia yang sentiasa bertahta di hati, meskipun dia tiada lagi bersamaku. 
Maafkan aku juga kerna tak mampu memberimu peluang. Bukan ku tak sudi, tapi hati ini masih berdarah lagi dek kerna dia yang kusayangi.
Bukan ku bermaksud melukakan hatimu, kerna ku rasakan lebih baik begini sebelum kau lebih kecewa suatu masa nanti.
Maafkan aku kerna tak bisa membohongi hati yang masih mencintai dia yang telah berlalu pergi. Berikan ku sedikit masa bagi merawat luka yang terpendam, luka ku kernanya.
Jika cintamu ikhlas, sabarlah menanti. Jika dirimu percaya pada cinta yang kau pergi, setialah. Pasti akan tiba cinta agung yang satu, yang pasti kau miliki.

Friday, 21 October 2011

Cinta Yang Ketiga

                             

Sayang dan kasih yang hadir dalam hati ini bukanlah dipinta. Ku cuba menafikan kewujudanmu tapi ku tak terdaya. Hati kian mekar saat kamu menerima diri ini dalam hidupmu, sayangnya antara kamu dan ku, ada dia. Dia yang hadir dulu sebelum ku.

Mungkin sukar bagi mereka yang berada pada pihak kedua. Tapi bagaimana pula bagi pihak yang ketiga? Mungkin di sini kita tak dapat melihat betapa sengsaranya menjadi orang ketiga dalam hubungan. Tak pula nampak pengorbanannya dala menjalinkan hubungan cinta terlarang bersama insan milik orang lain. Tampak mudah tapi sukar difahami apatah lagi mengharunginya. Hanya mereka yang pernah mengalaminya saja akan tahu cabarannya.

Terasa hinanya diri menjadi orang ketiga. Tapi apakan daya, hendak ku undur diri, ku tak mampu hidup tanpa dirimu. Sesungguhnya ku tak bersedia meratapi pemergianmu. Ku masih memerlukanmu untuk sedikit waktu lagi.Mungkin ini sudah suratan takdir, kita hanya bercinta tapi tidak bersatu. Maafkan aku kerna hadir dalam cinta kalian berdua.
Terima kasih sayang kerna sudi menyerikan hidupku walau hanya seketika.

Friday, 7 October 2011

Kau Yang Bernama Cinta


Pertama kalinya perasaan itu datang..ku rasakan sesuatu yang aneh bertandang ke dasar hati ku, lalu menapakkan diri di dalamnya. Ku cuba hindarkan perasaan itu. Ku cuba nafikan kehadiran perasaan itu, akhirnya aku akur dengan kehendakkan hati yang mahukan perasaan itu terus menyemai bibit-bibit kerinduan dalam hati.
Semakin hari, semakin payah mahu menyelami perasaan itu kerna ianya sering mengganggu minda dan ruang anganku. Sekali lagi ku bertanya, perasaan apakah itu yang datangnya tak diundang.
Kini baru ku mengerti, perasaan itu sebenarnya lahir dari pandangan mata yang turun ke hati. Perasaan yang dinamakan cinta oleh duniawi. Yang harus dialami oleh setiap insan yang bergelar manusia.
Indahnya perasaan itu hanya mereka yang mengalaminya mengerti. Mulianya cinta itu jika hadir pada insan yang tahu menilainya. Agungnya cinta jika tidak dikhianati.. Adalah satu-satunya cinta itu dimiliki jika tiada curiga dan diracuni kecurangan. Bersatulah dua jiwa dalam dua insan jika cinta itu disatukan dengan halalnya. Terpatrilah janji ikatan bersatu mendapat restu. Berserinya cinta itu jika diberikan cahaya mata yang mampu menyinari malam suram. Kekallah cinta itu jika sering dipertahankan. Terkuburlah cinta itu bersama pemiliknya jika tiada pengganti.

Monday, 3 October 2011

Sekali Lagi Rindu Itu Menyapa

Angin dingin malam menyapa di pipi. Sejuk rasanya sedingin embun pagi. Malam ini ku melayari jiwa sendirian di kamar usang. Di sebalik angin bayu, ku melihat ke langit tinggi nun jauh di sana. Bintang-bintang berkelipan seolah-olah mengerti isi hatiku. Sang bulan hanya tersenyum sipu tanpa berbicara. Namun ku turut mengerti maksudnya. Cerita tentang kita membuatku tersentuh, lalu sekali lagi rindu itu mula menyapa bertanyakan pada hati, pada dia yang dekat dihati namun jauh dimata.
Malam yang sepi, hanya bintang dan bulan itu menemaniku, tanpa kamu disisiku. Alangkah indahnya malam yang panjang jika kamu ada di sini. Potretmu menjadi penghuni setia genggamanku. Suaramu menjadi muzik gegendang telingaku. Cepatlah masa berlalu, datanglah segera kamu kepadaku. Sesungguhnya jarak itu memisahkan kita, namun hati tetap bersatu, teguh beresepikan setia antara kita. Tiada pernah curiga menghantui jiwa, hanya doa ku sisipkan mengiringi setiap langkahmu. Moga kembali membawa kejayaan, segulung ijazah modal kehidupan masa depan. Ku di sini menunggu penuh pengharapan bersama rindu yang tak sudah.

Mohon Perhatianmu


Saatku bersendirian meniti hari-hari yang berlalu, ku sebenarnya perlukan dirimu untuk mengisi kekosongan hariku.
Saatku memerlukan pertolongan, ku sebenarnya sangat memerlukan pertolongan darimu. Meskipun ada yang lain sudi menghulurkan bantuan.
Saatku kesepian, ku sebenarnya mahukan dirimu menyerikan hidupku.
Saatku menangis, ku perlukan bahumu untuk bernaung.
Saatku terkapai-kapai, tak tahu arah tujuan, ku sebenarnya menunggu dirimu untuk memimpinku ke jalan yang benar.
Saatku kegelapan, ketakutan mengharungi malam sepi, ku sebenarnya tercari-cari dirimu untuk menyuluh, menyinari keterangan.
Tapi sayang, saatku benar-benar mengharapkan dirimu, kau tiada disisiku. Hampanya hati tiada siapa yang tahu. Kecewanya jiwa entah siapa yang mengerti. Tidakkah kau sedar setiap langkah hidupku amat memerlukanmu. Disaat ku kecundang, ku mahu kau memimpinku kembali. Tapi itu hanya dalam mimpi. Mimpi yang tak mungkin menjadi nyata.
Kini ku mohon perhatianmu..
Kerna ku juga manusia biasa, mahukan perhatian, kasih sayang darimu. Walau hanya secebis cuma, walau hanya seketika jua, walau hanya kita yang mengetahuinya. Agar suatu hari nanti ku jadikannya kenangan indah. Kenangan kau pernah ada untukku. Kenangan yang tak mungkin pudar dari ingatanku melainkan takdir menentukan.

Jika Kemaafan Itu Masih Ada


Bukan sekali kau menyakit hati ini dan bukan sekali juga kau membuat air mata ini mengalir sepanjang perkenalan kita. Kerna sayang, ku sentiasa maafkanmu. Kerna cinta, aku lupakan segala kesilapan yang kau telah lakukan.
Setiap kesabaran yang dimiliki insan itu ada kesudahannya. Ada batasnya meskipun kemaafan sering ku diberikan. Kau sakiti hati ini lagi. Sekali lagi..tapi kali ini sangat berbeza rasanya. Tidak seperti yang lalu. Hatiku lebih terguris lagi, lebih dalam. Umpama kaca yang bertaburan dalam hati. Tiada penawar yang boleh merawatnya dalam masa sesingkat.
Sampainya hatimu mempersiakan pengorbanan cinta yang telah ku berikan. Umpama diberi madu, racun kau balaskan. Tiadakah sedikit perasaan belas kasihan terhadap diriku yang lemah, jiwa ku yang longlai kerna menagih cintamu? Sayangnya, kau tidak pernah menghargai diriku. Kau campakkan aku ke lautan api. Kau biarkan aku seorang diri, sehingga ku lemas ke tengah lautan. Terkapai-kapai sendirian. Kau hanya mampu menoleh seketika tanpa rasa bersalah.
Akhirnya ku undur diri demi mengubati luka yang kau tinggalkan. Ku pergi membawa diri, mencari penawar duka nan lara. Mungkin kali ini juga kau ku maafkan, tapi tak mudah ku lupakan luka yang kau tinggalkan kerna ianya berbekas di dalam hati ini.

Saturday, 10 September 2011

Bersendirian Melewati Sepi..



Semalam, hari ini dan melewati hari-hari seterusnya akan ku dilalui bersendirian. Tanpa dirimu menemaniku seperti kebiasaan hari. Jauh bezanya bila tanpa kamu disisi. Sayang, sesungguhnya ku tak mengerti perubahan yang ada pada dirimu. Ingin ku bertanya apakah salahku, apalah yang kurang pada cintaku hingga membuatkan kamu berubah dalam sekelip mata.

Begitu sukar untuk diterima jika cinta si dia mula berubah tanpa kita sedari. Pasti akan tertanya-tanya pada diri sendiri apa yang silap sehinggakan si dia berubah hati dan berpaling pada cinta yang lain. Setiap detik pasti persoalan yang sama berlegar-legar di ruang minda kita. Mengapa dia berubah, sedangkan...sedangkan cinta yang ada dalam diri kita tak pernah pun berubah malah semakin memuncak pada setiap detik. Malam yang berlalu ditangisi menanti pesanan darinya, tapi hanya kehampaan yang mengundang tiba.

Hari-hari yang dilalui semakin sukar tanpa kamu mengisi kekosongan hati. Kesepian kian terasa. Namun apa yang pasti perasaan dalam hati langsung tak berganjak daripada mencintaimu. Tahukah dirimuu sesungguhnya hati ini benar-benar menyayangimu. Ketahuilah olehmu diriku bagai jasad yang kesesatan bila dirimu tiada disampingku. Kembalilah kepadaku wahai kasihku.

Friday, 9 September 2011

Bila Cinta Itu Pergi


Saat cinta itu datang, oh indahnya dunia. Tiada kata yang mampu mengungkapkannya, hanya hati bisa berbicara, bagaimana rasanya bahagia. Rintik-rintik hujan kelihatan turun dengan warna-warninya, pelangi menghiasi ruangan langit yang tersergam indah di atas sana. 
Saat itu juga, dunia bagaikan milik seorang, tiada siapa yang merampasnya. Seolah-olah cinta membutakan mata, melupakan kita pada realiti kehidupan.


Pabila cinta itu pergi, sakitnya hanya hati juga yang mampu merasa. Langit yang tinggi bagaikan runtuh, warna pelangi mula pudar, tiada lagi bercahaya seperti dulu. Dia yang dikasihi pergi.. Pergi bersama cintanya. Peritnya cinta itu bila didustai, menusuk dalam sanubari hingga meninggalkan parut dan cela yang takkan mungkin pulih kembali. Benarlah kata orang, sekali hati disayangi selamanya diingati walaupun hati masih lagi berparut. Kalaupun ada cinta baru yang bertapak di hati, takkan mungkin sama dengan cinta yang telah pergi. Kerna kau hanya yang satu, cinta padamu tiada gantinya.