Monday, 9 January 2012

Jagalah Suci Sebuah Cinta

Bercinta itu indah, mengasyikkan mereka yang bercinta. Bertambah indah jika cinta itu disulami erti kasih yang sebenar. Tanpa sedikit pun dicemari debu-debu yang bisa mengotorinya. Maksud hamba di sini, bercintalah semahu mu, setulus hatimu tanpa menyakitinya. Bercintalah kerana-Nya. Usahlah cinta itu kau cemari, melakukan perbuatan terkutuk yang dilaknat Allah.
 Wahai gadis, usahlah kau mudah menyerahkan diri yang dikatakan membuktikan keikhlasan cintamu terhadap dirinya. Yang kau katakan mahu menawan seluruh hidup jejaka yang kau sayangi, kerana itu silap.. kesilapan yang boleh membunuh jiwamu juga maruahmu sekali.
Wahai pujangga, usahlah kau menghantui jiwa dan hati gadis yang lemah itu. Usahlah kau taburi janji-janji yang entah ke mana nantinya. Ingatlah, walaupun kau itu seekor kumbang, nescaya ada pembalasan buatmu jika berlaku khianat pada cinta seorang gadis lemah.
Masyarakat sekitarnya, usah hanya dipandang, mengata-ngata di belakangnya melihat kelibat dua insan sedang bercumbuan. Datanglah kepada mereka, sedarkan mereka dari terus jatuh ke lembah kemaksiatan. Sesungguhnya mencegah itu boleh mengatasi segalanya. Mana tahu, suatu hari nanti, yang lain pula akan menyelamatkan keturunanmu dari berbuat perkara yang terlarang.

No comments:

Post a Comment