Monday 9 January 2012

Jagalah Suci Sebuah Cinta

Bercinta itu indah, mengasyikkan mereka yang bercinta. Bertambah indah jika cinta itu disulami erti kasih yang sebenar. Tanpa sedikit pun dicemari debu-debu yang bisa mengotorinya. Maksud hamba di sini, bercintalah semahu mu, setulus hatimu tanpa menyakitinya. Bercintalah kerana-Nya. Usahlah cinta itu kau cemari, melakukan perbuatan terkutuk yang dilaknat Allah.
 Wahai gadis, usahlah kau mudah menyerahkan diri yang dikatakan membuktikan keikhlasan cintamu terhadap dirinya. Yang kau katakan mahu menawan seluruh hidup jejaka yang kau sayangi, kerana itu silap.. kesilapan yang boleh membunuh jiwamu juga maruahmu sekali.
Wahai pujangga, usahlah kau menghantui jiwa dan hati gadis yang lemah itu. Usahlah kau taburi janji-janji yang entah ke mana nantinya. Ingatlah, walaupun kau itu seekor kumbang, nescaya ada pembalasan buatmu jika berlaku khianat pada cinta seorang gadis lemah.
Masyarakat sekitarnya, usah hanya dipandang, mengata-ngata di belakangnya melihat kelibat dua insan sedang bercumbuan. Datanglah kepada mereka, sedarkan mereka dari terus jatuh ke lembah kemaksiatan. Sesungguhnya mencegah itu boleh mengatasi segalanya. Mana tahu, suatu hari nanti, yang lain pula akan menyelamatkan keturunanmu dari berbuat perkara yang terlarang.

Saturday 7 January 2012

bERcINtALAh...

*ku amik dari gugel..

Kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang..
Kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji..
Kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan..

Kerana hati manusia itu :
• Terlalu bernilai untuk disakiti
• Terlalu mahal untuk disia-siakan
• Terlalu berharga untuk dihancurkan
***************************************************************************************************
Cantik solekan tapi sayang,
Jika tak dapat dibasahi wuduk.

Tegap tubuh badan tapi sayang,
Jika tak pernah tunduk bersujud.

Manis ulas bibir tapi sayang,
Jika tak selalu melafaz zikir.

Mewah kereta tapi sayang,
Jika tak pernah bersinggah di masjid.

Cerdik fikiran tapi sayang,
Jika tak boleh beza dosa & pahala..

“Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘couple’. Cinta juga bukan pada ‘I love you’. Cinta tak terletak pada ‘I miss you’ dan cinta bukan pada ‘can I touch you?’ kerana itu semua cinta nafsu semata-mata.
*ku petik dan paste dari fb pakar diari hati..

Aku Ada Dia..

Adakalanya tak mudah untuk kita mengejar cinta. Adakalanya banyak perkara yang harus kita korbankan untuk mendapatkan cinta itu. Begitu juga aku. Sedayanya aku berusaha untuk memenangi sesuatu yang dinamakan cinta itu. Mungkin kerna telah ditakdirkan, akhirnya cinta itu milik aku. Hingga ke hari ini cinta itu masih ku miliki hingga ke satu saat nanti masa itu akan memisahkan kami. Itu yang pasti, cinta tak seharusnya memiliki.

Berbeza pula kisahnya dengan insan lain yang cuba mengejar cinta, namun tidak kesampaian. Buat insan itu, bersabarlah kamu, mungkin kamu perlukan usaha yang lebih untuk mendapatkan cinta itu. Hari ini, dia keluar bersama yang lain. Mungkin esok atau lusa, terbuka pintu hatinya untuk mengenali kamu. Selagi dia belum melafazkan akad nikahnya, dia bukan milik sah buat sesiapa. Janganlah mudah berputus asa. Jika cinta, pertahankan hingga ke akhirnya. Jika kamu hanya punya rasa suka, itu belum cukup untuk kamu. Kerna harus kamu tahu, kalau rasa suka dan cinta itu jauh bedanya. Ingatlah juga, umur bukan penghalang bagi kamu mencintai dia.

Di sini, ku berdoa penuh kesyukuran kerna diberikan peluang punyai cintamu kasih walaupun ianya bukan halal bagi kita. Namun rasa kasih itu senantiasa segar di taman larangan kita berdua. Buat kekasih, sekali lagi terima kasih kerna sudi menerima diri ini suatu masa dulu.

Di Sebalik Kejayaan Itu

Kata orang, setiap kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita di belakangnya. Ya, memang tak dinafikan lagi..setiap kejayaan yang dikecapi lelaki itu terdirinya seorang wanita yang lemah namun boleh memberikan kekuatan kepada seorang lelaki untuk berjaya. Dialah wanita, tidak kira apa pun gelarannya..

Bagiku, kau lah wanita terhebat, tanganmu boleh menggoncang dunia jika kau mahu. Aku tunduk dengan kehebatanmu. Ku menghormati keperibadian mu..ketabahanmu berada disebalik lelaki yang berjaya itu. Walaupun adakalanya tiada siapa pun menyedari kehadiranmu disebalik kejayaan lelaki itu.
Kepentingannya hanya nampak sebelum kejayaan itu muncul. Kewujudannya tak nampak dek mata yang sering dikaburi dengan kemegahan duniawi. Namun, wanita itu hanya mampu mendiamkan diri tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tidak sama sekali..Namun sampai bilakah dia harus mendiamkan diri tanpa penghargaan ke atas setiap pengorbanan yang dilakukannya..??

Thursday 5 January 2012

2nd Anniversary Giveaway by DAS


urmmm,ok..giveaway yang nie bersempena "HariJadi" Dewi's Artwork Station ke-2. JOmm, sape2 rakyat Malaysia boleh join nihh..syaratnye senang aje:
Korang wat entry sal nih, then link kn ke..Dewi's Artwork Station
Pastu, tinggalkan link entry korang dan email kat entry ni plak..http://dewisartworkstation.blogspot.com/2012/01/2nd-anniversary-giveaway-by-das.html
Cepat2..GA ni start dari 5-31 Jan 2011 jer..
Itu jer..selamat berjaya..!





Wednesday 4 January 2012

yeahh..win Again!!


Well..nk tau tak, kali ni gua menang contest lagi lorhh..Hehehe, jangan jeles sama gua. Ce tengok ni, http://greennnpanda88.blogspot.com/2011/12/yeay-here-are-winners.html...
Rezeki tahun baru katekan..Urm, dah anta detail, tinggal menunggu jer lagi. First of all, thanks to Nisa, yang menganjurkan Giveaway nihh..makseh yer..