Thursday, 10 May 2012

Topup Giveaway by Noor Fatin

(STICKY NOTE POST UNTIL 7 JUN 2012)



Meh Klik Disini
Giveaway ni selame sebulan dari 7 Mei sampai 7 Jun 2012...

Thursday, 3 May 2012

Nea Flerida's Birthday Giveaway :)




                                                          Kilk Ajer Disini...
Kan Mudah...
Ni..nak habaq mai sket..Giveaway ni sempena birthday tuan punye contest yang akan tiba beberape hari lagi..Marilah kita sama2 mendoakan agar Nea dimurahkan rezeki, panjang umur..Moga sehat2 slalu hendaknya..Amin.


Belajar Dari Kesedihan


Anda bersedih? Mari kita belajar dari rasa sedih itu. Yakinlah Allah tidak pernah menciptakan sesuatu atau menimpakan sesuatu kepada kita dengan sia-sia.
Berfikirlah disebalik apa yang telah terjadi dan dialami, sungguh Allah tinggikan martabat dirimu kerana bersangka baik dan menjadi insan yang tabah lagi redha dalam menangani apa yang dilalui.
“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besamya ujian (bala) dan sesungguhnya jika Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.”  (Tarmidhi)
Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
*Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK..
“Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “. ( Riwayat Muslim )


Exclusive Giveaway by Cik Bunny

...Sticky Post....




Nak join??? Klik Disini...

" Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) "




Wednesday, 25 April 2012

Soalnya hati..


Soalnya hati, sukar dimengerti, walaupun banyak kali ku cuba memahami. Adakalanya hanya perkara kecil sudah bisa membuatkan hati terasa. Kalaupun ada sesetengah halnya ku telah tahu kebenarannya, tapi masih juga hati terasa setiap kali.
Soalnya hati, sukar dimengerti, apatah lagi hati yang lain untuk cuba memahaminya. Kerana.. hatiku hati seorang wanita, cairnya seperti aiskrim yang sedap dipandang tetapi cepat cair. Bila hati keras, kerasnya melebihi keras seketul belian. Namun, adakalanya hatiku ibarat kerak nasi, keras pada mulanya, akhirnya menjadi lembut juga dek kerana dibasahkan dengan air.
Rayuan, pujukan dirinya sering kali membuatkan ku akhirnya mengalah walaupun itu bukan salahku. Bukan ku lemah mahu mengalah, Cuma mahukan yang terbaik untuk dirinya. Kepuasan pada nya melebihi kepuasan ku. Kebahagiannya punca kebahagianku. Bagaimana mungkin ku mengeraskan hati untuk selamanya, merajuk dengannya. Biarlah hati ini membawa diri, tanpa haluan. Titisan air mata yang hanya menghujani lantai hatiku yang kekeringan.. hanya doa mampu membuat hatiku lebih tenang saat hubungan keberantakan seketika.

Sunday, 1 April 2012

Cinta Berkembang Serinya

Sumber: Google Image

Lama kita menyemai rindu, akhirnya bertaut juga cinta kita. Yang kini halal bagi kita. Tidak mudah merasai bahagia hati ini, setelah sekian lama mengharung pelbagai dugaan, merenangi lautan luas namun penuh dengan duri berliku. Hari ini, cinta sejati kita memenangi segala dugaan itu. Dan katakan selamat tinggal kepada kesengsaraan..

Tuesday, 6 March 2012

Sia-siakah cinta itu

 Bercinta tapi tidak bersama akhirnya, bagaikan tiada makna..Umpama menanam padi akhirnya lalang juga yang tumbuh. Menyemai cinta yang sudah taupenghujungnya, mungkin perkara yang sia-sia. Tapi bagi sesetengah mereka pula, bercinta tapi tak bersama, meungkin lebih baik daripada tidak bersama langsung. Mungkin kenangan bila bersama mampu menjadi penawar duka tika si dia tiada disisi. Sukar menerima kenyataan tapi harus ditempuhi lautan berapi itu untuk menuju ke puncak syahdu. Pernah juga dinding itu bersuara, sia-sia cintamu ditebarkan begitu sahaja. Tapi tidak pernah serik si pencinta mendengarnya.
  Biarlah..biarlah...hanya hati ini sahaja yang mampu merasa rasa cinta ku padanya. Tidak bersama, mungkin itu takdir yang telah menentukan kesudahan cinta kita. Kenapa disalahkan takdir yang mempertemukan kita, walau hanya seketika?