Thursday, 13 September 2012

Wednesday, 12 September 2012

"Greennnpanda Craft's 1st Giveaway"


GA nie mule dari 5 Sept - 30 Sept 2012



Nie link pic nye: 
 http://i77.photobucket.com/albums/j59/yuki_funky/Blog/GPC1stGA-2-1.png

Macam nie syarat penyertaannya:
1. Follow blog Greennnpanda Craft dan/atau Like page fesbuk (klu xda Fb, follow blog pon jadi laa..
2. Tulis tajuk cam saya kat tu.. "Greennnpanda Craft's 1st Giveaway" then letak banner GA kat entry, makesure tau dapat link trus.
3. Pastu, tinggalkan  blogger ID, FB ID link korang kat entry tu..
Tamat...

Eh, lupe pulak link entry nye..nie die..

Saturday, 16 June 2012

Aku Yang Cemburu

Sukar diduga apa yang bermain diminda kita untuk mengatasi perasaan cemburu. Lelaki mahupun perempuan punya perasaan cemburu, yang membezakannya hanyalah ketebalan cemburu kita itu. Di mana saja, pasti cemburu itu ada dalam hati setiap pasangan yang bercinta, malah bagi yang tak bercinta pun apa kurangnya. Meluap2 rasa dalam hati melihat orang lain bersama, melihat pada diri yang serba kekurangan belum memiliki apa namanya cinta. Apalah yang hendak disalahkan, mungkin belum masanya bertemu jodoh. Jika dijelajahi, ada pelbagai jenis cemburu yang boleh dikesan atau dikenalpasti dalam bercinta. Juga ada banyak pro dan kontranya..Antaranya:
Pro:
1. Bila si dia cemburu, dah tentu si dia sangat sayangkan hubungan yang terbina tu..
2. Cemburu sebab tak mahu anda beralih arah terhadap orang lain.
3. Bila ada cemburu juga, maknanya si dia sentiasa peka dengan persekitaran anda, jika ada orang lain yang cuba menggoda anda.

Kontra:
1. Cemburu yang terlalu menebal adakalanya menyebabkan kita terasa terkongkong. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh.
2. Hubungan boleh porak peranda (terdapat pelbagai sebab)
3. Hubungan banyak yang berakhir atas sebab cemburu yang membuta tuli tanpa usul periksa..

Oleh itu, berhati2lah dengan perasaan cemburu anda

Bile la nak buat GA sendiri

Saya nie dok joined orang punyer GA jer..Menang pown dah jugak rase 2,3 kali but bile lagi erk nak wat sendiri punyer? Huhu..teringin jugak nak wat satu. We'll see..saya try nanti, tapi nak blaja dulu camner. Saya amatur lagi. Hope yang kat luar sana yang slalu wat contest, or GA, or apa2, mintak tolong ajar la yer.
Harapan saya la kan..nak wat sumthing yang sume orang boleh join...(mate ke atas, tangan mendada..) Ape erk? Hahaha..dun think to much or u'll crazy. For my reader, hope share ilmu..saya baru lagi dalam dunia blog nie..

Monday, 11 June 2012

Segmen 2: 6 Pekara Tentang Saya


Yang nie sampai 13 Jun jer, nak join..cepat2, jgn terlambat..
meh klik di sini...


Okays..kali nie nak join contest yang nie plak. Hehe..luangkan sket mase tok kongsikan serba sedikit tentang gua.. Ada enam perkara tentang gua yang gua mahu kongsi sama korang..

Yang pertama,
Gua ni nampak ajer gagah perkasa diluar, tapi sebenarnya hati gua manyak ada taman. Hurmm..hanya depa2 yang dekat dengan gua saja tau sape gua nie. Hehe…

Yang kedua,
Gua nie suke bermadah2..kadang2 tu tibe mood jiwang, gua suke wat entry yang menyayat hati sket, bagi pembace tacing dengan luahan citer gua even tu sume takde kene mengene dengan gua,k..

Yang ketiga,
Gua nie pelik sket. Gua suke membuat persepsi terhadap orang laen..tapi gua takda la nak kasi tau kat orang laen kan..gua suke bagi persepsi then conclude kan sume nye tok diri sendiri. So, no wonder la, gua nie suke perhatikan tingkahlaku orang laen, especially melalui ‘walkblogging’..bce2 entry harian orang laen membolehkan gua mengenali behavior seseorang tu..but dun worry, tu sume gua wat untuk sendiri. Yang baek gua jadikan pengajaran dalam hidup gua, yang tak baek gua tengok ajer laa..

Yang keempat,
Gua nie mudah tersentuh. Tak kire ape la, tengok rancangan “bersamamu” kat tv tu pown kadang2 wat gua tacing beb.. apatah lagi klu gua tengok dengan mate kepale gua sendiri. Nak tolong, gua nie pown cukup2 makan sendiri. Lau seringgit dua tu lepas la kan, nak tolong..lebey2, memang gua tak mampu laaa..

Yang kelima,
Hahhh..nie ade sifat yang tak boleh gua buang sejak di bangku sekolah dulu. Gua perokok tegar. Huhu..letak la iklan ape pown, rokok nie pemusnah la, merosak badan la, tapi gua memang tak boleh nak tinggalkan tabiat merokok. Tapi jauh dalam sudut hati gua, gua nak berhenti..(blom lagi tercapai da…) so, korang kat lua sane, jangan ikowt tabiat gua yang buruk nie..sayangi nyawa korang.

Yang keenam,
Nak tau lagi tentang gua? Dulu gua ada awek cun..gua sayang giler sama dier. Tapi sayang, awal tahun 2012, kami break.. salah gua la. Dok menggatal dengan awek laen, da tu kantoi dengan dier. Sekarang gua nyesal giler, tak mau lagi wat camtu. Gua harap dier dapat trime gua lagi suatu hari nanti. Gua tunggu lo…So, wat mamat2 kat lua tu, jangan try2 maen kayu tiga. Nanti parah, beb..!

Menang Contest Lagi..Topup Giveaway by Noor Fatin


Yeayy3x..dapat lagi. Huhu..asalnya ekowt suke2 jer, akhirnya jadi hobi gua menyertai contest kat blog.
Begini..tadinya online jep, bukak email..terbace sesuatu yang menarik perhatian gua. Pe lagi, gua bukak la kasi bace. Wahhh..hepinye, menang contest lagi walaupown giveaway nye tak la seberape. Tapi gua kire bertuah larhh..lam ramai2 yang joined, gua jugak yang terpilih, tempat yang pertama plak tu. Enam orang pemenang yang laen plak dapat watermark dari penaja. By da way, congrats jugak kat depa..
Trime kaseh kepada penaje dan..Penganjur yer..

Saturday, 19 May 2012

MUNGKINKAH NANTI KITA BERSAMA

Kini tiada apa yang harus kita sesali..kau dan aku akan terpisah jua. Bukan kerna benci, bukan juga tidak sayang..


Sukar hendak ku jelaskan..tapi itulah yang kurasa. Mencintaimu sesuatu yang mengindahkan tapi sayang..kita takkan bersama hingga ke akhirnya. Kau dan aku akan bersama insan lain untuk menempuhi hidup ini..meskipun kita pernah bersama-sama suka dan duka, kita takkan pernah bersama.
Sakit hati ini mengenangkannya..tapi bisakah kita menyalahkan takdir yang menemukan kita dahulu? Pasti itu semua sudah tertulis antara kita.

Thursday, 10 May 2012

Topup Giveaway by Noor Fatin

(STICKY NOTE POST UNTIL 7 JUN 2012)



Meh Klik Disini
Giveaway ni selame sebulan dari 7 Mei sampai 7 Jun 2012...

Thursday, 3 May 2012

Nea Flerida's Birthday Giveaway :)




                                                          Kilk Ajer Disini...
Kan Mudah...
Ni..nak habaq mai sket..Giveaway ni sempena birthday tuan punye contest yang akan tiba beberape hari lagi..Marilah kita sama2 mendoakan agar Nea dimurahkan rezeki, panjang umur..Moga sehat2 slalu hendaknya..Amin.


Belajar Dari Kesedihan


Anda bersedih? Mari kita belajar dari rasa sedih itu. Yakinlah Allah tidak pernah menciptakan sesuatu atau menimpakan sesuatu kepada kita dengan sia-sia.
Berfikirlah disebalik apa yang telah terjadi dan dialami, sungguh Allah tinggikan martabat dirimu kerana bersangka baik dan menjadi insan yang tabah lagi redha dalam menangani apa yang dilalui.
“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besamya ujian (bala) dan sesungguhnya jika Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.”  (Tarmidhi)
Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
*Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK..
“Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “. ( Riwayat Muslim )


Exclusive Giveaway by Cik Bunny

...Sticky Post....




Nak join??? Klik Disini...

" Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) "




Wednesday, 25 April 2012

Soalnya hati..


Soalnya hati, sukar dimengerti, walaupun banyak kali ku cuba memahami. Adakalanya hanya perkara kecil sudah bisa membuatkan hati terasa. Kalaupun ada sesetengah halnya ku telah tahu kebenarannya, tapi masih juga hati terasa setiap kali.
Soalnya hati, sukar dimengerti, apatah lagi hati yang lain untuk cuba memahaminya. Kerana.. hatiku hati seorang wanita, cairnya seperti aiskrim yang sedap dipandang tetapi cepat cair. Bila hati keras, kerasnya melebihi keras seketul belian. Namun, adakalanya hatiku ibarat kerak nasi, keras pada mulanya, akhirnya menjadi lembut juga dek kerana dibasahkan dengan air.
Rayuan, pujukan dirinya sering kali membuatkan ku akhirnya mengalah walaupun itu bukan salahku. Bukan ku lemah mahu mengalah, Cuma mahukan yang terbaik untuk dirinya. Kepuasan pada nya melebihi kepuasan ku. Kebahagiannya punca kebahagianku. Bagaimana mungkin ku mengeraskan hati untuk selamanya, merajuk dengannya. Biarlah hati ini membawa diri, tanpa haluan. Titisan air mata yang hanya menghujani lantai hatiku yang kekeringan.. hanya doa mampu membuat hatiku lebih tenang saat hubungan keberantakan seketika.

Sunday, 1 April 2012

Cinta Berkembang Serinya

Sumber: Google Image

Lama kita menyemai rindu, akhirnya bertaut juga cinta kita. Yang kini halal bagi kita. Tidak mudah merasai bahagia hati ini, setelah sekian lama mengharung pelbagai dugaan, merenangi lautan luas namun penuh dengan duri berliku. Hari ini, cinta sejati kita memenangi segala dugaan itu. Dan katakan selamat tinggal kepada kesengsaraan..

Tuesday, 6 March 2012

Sia-siakah cinta itu

 Bercinta tapi tidak bersama akhirnya, bagaikan tiada makna..Umpama menanam padi akhirnya lalang juga yang tumbuh. Menyemai cinta yang sudah taupenghujungnya, mungkin perkara yang sia-sia. Tapi bagi sesetengah mereka pula, bercinta tapi tak bersama, meungkin lebih baik daripada tidak bersama langsung. Mungkin kenangan bila bersama mampu menjadi penawar duka tika si dia tiada disisi. Sukar menerima kenyataan tapi harus ditempuhi lautan berapi itu untuk menuju ke puncak syahdu. Pernah juga dinding itu bersuara, sia-sia cintamu ditebarkan begitu sahaja. Tapi tidak pernah serik si pencinta mendengarnya.
  Biarlah..biarlah...hanya hati ini sahaja yang mampu merasa rasa cinta ku padanya. Tidak bersama, mungkin itu takdir yang telah menentukan kesudahan cinta kita. Kenapa disalahkan takdir yang mempertemukan kita, walau hanya seketika?

Monday, 9 January 2012

Jagalah Suci Sebuah Cinta

Bercinta itu indah, mengasyikkan mereka yang bercinta. Bertambah indah jika cinta itu disulami erti kasih yang sebenar. Tanpa sedikit pun dicemari debu-debu yang bisa mengotorinya. Maksud hamba di sini, bercintalah semahu mu, setulus hatimu tanpa menyakitinya. Bercintalah kerana-Nya. Usahlah cinta itu kau cemari, melakukan perbuatan terkutuk yang dilaknat Allah.
 Wahai gadis, usahlah kau mudah menyerahkan diri yang dikatakan membuktikan keikhlasan cintamu terhadap dirinya. Yang kau katakan mahu menawan seluruh hidup jejaka yang kau sayangi, kerana itu silap.. kesilapan yang boleh membunuh jiwamu juga maruahmu sekali.
Wahai pujangga, usahlah kau menghantui jiwa dan hati gadis yang lemah itu. Usahlah kau taburi janji-janji yang entah ke mana nantinya. Ingatlah, walaupun kau itu seekor kumbang, nescaya ada pembalasan buatmu jika berlaku khianat pada cinta seorang gadis lemah.
Masyarakat sekitarnya, usah hanya dipandang, mengata-ngata di belakangnya melihat kelibat dua insan sedang bercumbuan. Datanglah kepada mereka, sedarkan mereka dari terus jatuh ke lembah kemaksiatan. Sesungguhnya mencegah itu boleh mengatasi segalanya. Mana tahu, suatu hari nanti, yang lain pula akan menyelamatkan keturunanmu dari berbuat perkara yang terlarang.

Saturday, 7 January 2012

bERcINtALAh...

*ku amik dari gugel..

Kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang..
Kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji..
Kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan..

Kerana hati manusia itu :
• Terlalu bernilai untuk disakiti
• Terlalu mahal untuk disia-siakan
• Terlalu berharga untuk dihancurkan
***************************************************************************************************
Cantik solekan tapi sayang,
Jika tak dapat dibasahi wuduk.

Tegap tubuh badan tapi sayang,
Jika tak pernah tunduk bersujud.

Manis ulas bibir tapi sayang,
Jika tak selalu melafaz zikir.

Mewah kereta tapi sayang,
Jika tak pernah bersinggah di masjid.

Cerdik fikiran tapi sayang,
Jika tak boleh beza dosa & pahala..

“Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘couple’. Cinta juga bukan pada ‘I love you’. Cinta tak terletak pada ‘I miss you’ dan cinta bukan pada ‘can I touch you?’ kerana itu semua cinta nafsu semata-mata.
*ku petik dan paste dari fb pakar diari hati..

Aku Ada Dia..

Adakalanya tak mudah untuk kita mengejar cinta. Adakalanya banyak perkara yang harus kita korbankan untuk mendapatkan cinta itu. Begitu juga aku. Sedayanya aku berusaha untuk memenangi sesuatu yang dinamakan cinta itu. Mungkin kerna telah ditakdirkan, akhirnya cinta itu milik aku. Hingga ke hari ini cinta itu masih ku miliki hingga ke satu saat nanti masa itu akan memisahkan kami. Itu yang pasti, cinta tak seharusnya memiliki.

Berbeza pula kisahnya dengan insan lain yang cuba mengejar cinta, namun tidak kesampaian. Buat insan itu, bersabarlah kamu, mungkin kamu perlukan usaha yang lebih untuk mendapatkan cinta itu. Hari ini, dia keluar bersama yang lain. Mungkin esok atau lusa, terbuka pintu hatinya untuk mengenali kamu. Selagi dia belum melafazkan akad nikahnya, dia bukan milik sah buat sesiapa. Janganlah mudah berputus asa. Jika cinta, pertahankan hingga ke akhirnya. Jika kamu hanya punya rasa suka, itu belum cukup untuk kamu. Kerna harus kamu tahu, kalau rasa suka dan cinta itu jauh bedanya. Ingatlah juga, umur bukan penghalang bagi kamu mencintai dia.

Di sini, ku berdoa penuh kesyukuran kerna diberikan peluang punyai cintamu kasih walaupun ianya bukan halal bagi kita. Namun rasa kasih itu senantiasa segar di taman larangan kita berdua. Buat kekasih, sekali lagi terima kasih kerna sudi menerima diri ini suatu masa dulu.

Di Sebalik Kejayaan Itu

Kata orang, setiap kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita di belakangnya. Ya, memang tak dinafikan lagi..setiap kejayaan yang dikecapi lelaki itu terdirinya seorang wanita yang lemah namun boleh memberikan kekuatan kepada seorang lelaki untuk berjaya. Dialah wanita, tidak kira apa pun gelarannya..

Bagiku, kau lah wanita terhebat, tanganmu boleh menggoncang dunia jika kau mahu. Aku tunduk dengan kehebatanmu. Ku menghormati keperibadian mu..ketabahanmu berada disebalik lelaki yang berjaya itu. Walaupun adakalanya tiada siapa pun menyedari kehadiranmu disebalik kejayaan lelaki itu.
Kepentingannya hanya nampak sebelum kejayaan itu muncul. Kewujudannya tak nampak dek mata yang sering dikaburi dengan kemegahan duniawi. Namun, wanita itu hanya mampu mendiamkan diri tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tidak sama sekali..Namun sampai bilakah dia harus mendiamkan diri tanpa penghargaan ke atas setiap pengorbanan yang dilakukannya..??

Thursday, 5 January 2012

2nd Anniversary Giveaway by DAS


urmmm,ok..giveaway yang nie bersempena "HariJadi" Dewi's Artwork Station ke-2. JOmm, sape2 rakyat Malaysia boleh join nihh..syaratnye senang aje:
Korang wat entry sal nih, then link kn ke..Dewi's Artwork Station
Pastu, tinggalkan link entry korang dan email kat entry ni plak..http://dewisartworkstation.blogspot.com/2012/01/2nd-anniversary-giveaway-by-das.html
Cepat2..GA ni start dari 5-31 Jan 2011 jer..
Itu jer..selamat berjaya..!





Wednesday, 4 January 2012

yeahh..win Again!!


Well..nk tau tak, kali ni gua menang contest lagi lorhh..Hehehe, jangan jeles sama gua. Ce tengok ni, http://greennnpanda88.blogspot.com/2011/12/yeay-here-are-winners.html...
Rezeki tahun baru katekan..Urm, dah anta detail, tinggal menunggu jer lagi. First of all, thanks to Nisa, yang menganjurkan Giveaway nihh..makseh yer..